Monday 3 December 2012

selamat tinggal..

assalamualaikum...

pejam celik sudah masuk bulan 12
bermakna bulan ni mtb akan tinggal kan satu tempat yang begitu bermakna bagi mtb...sangatt bermakna...
di tempat tu la  banyak ilmu mtb pelajari, dapat banyak kawan, bergaul dengan palbagai ragam manusia, dan banyak lagi laa...nak cerita pun mungkin sampai esok pun tak habis baca..heheehe
sedih nak tinggal kan tampat tu...perpisahan tu la perit nak rase...tapi nak buat mcm mne terpaksa lalui jugak....

mtb harap suatu hari saya akan jejak di tempat tu juga

selamat tinggal...


Thursday 15 November 2012

Assalamualaikum...
Muslimah menutup aurat untuk mengelak daripada menjadi perhatian lelaki ajnabi kerana TAQWA. 
Tetapi jika BERGAYA dan BANGGA mendapat perhatian lelaki ajnabi, anda sudah pun pakai pakaian SYUHRAH.

Apa itu PAKAIAN SYUHRAH?

"Sesiapa yang memakai pakaian syuhrah maka ALLAH akan memakaikannya pada HARI QIAMAT yang semisal, kemudian membakarnya dengan API NERAKA." (Sunan Abu Daud-Hasan)

Pakaian SYUHRAH ertinya pakaian yang diniatkan untuk kelihatan hebat oleh orang lain, menarik perhatian orang ramai dan dibangga-bangga oleh si pemakainya. Termasuk syuhrah adalah pakaian yang zuhud yang diniatkan untuk riya' di depan orang ramai.

Sedar atau tidak kita mungkin pernah bersikap riya' dengan pakaian yang kita sarungkan. Sama ada pakaian yang mengikut syarak atau sebaliknya.

Tutuplah AURAT untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Bukan PUJI-PUJIAN dusta manusia.






Biar kita tak tahu fesyen jangan tak tahu bab agama....


renung2 kan,dan selamt menghayati...







Wednesday 24 October 2012

panduan interaksi antara lelaki dan perempuan

Firman Allah :
واذا سألتموهن متاعا فاسألوهن من وراء حجاب (اللأحزاب

Maksudnya : " Apabila kamu minta dari perempuan akan sesuatu seperti alat-alat yang digunakan di dalam rumah, baldi atau pinggan atau belajar ilmu atau minta sesuatu fatwa maka hendaklah kamu minta itu dari balik tabir iaitu dari belakang tabir iaitu dari suatu sekatan di antara kamu dengan perempuan itu." 
Surah Al Ahzab :53

 Panduan interaksi antara lelaki dan perempuan iaitu 3 perkara pokok mesti sentiasa diikuti, iaitu

1) Niat
Mestilah diniatkan kerana Allah.

2) Matlamat
Melibatkan perkara yang perlu dan diharuskan di dalam Islam, contohnya perubatan, pembelajaran serta pengurusan yang bertepatan dengan syara'.

3) Cara / Method
Suara dan gerak geri mempunyai peranan utama di dalam interaksi, samada secara fizikal atau melalui alat-alat komunikasi. Matlamat tidak mengharuskan cara. Garis panduan asas mesti sentiasa diikuti, antaranya termasuklah:

i) menjaga pandangan
ii) memelihara aurat
iii) bersuara dengan intonasi yang formal atau yang sepatutnya
iv) mengawal gerak geri agar berpadanan dengan tujuan
v) bertutur dengan perkara yang perlu sahaja

Saturday 15 September 2012

PERTAMA KALI (^_^)V

Assalamualaikum..
kepada yg sudah mengenali diriku..
tidak perlu saya memperkenalkan diri yg hina ini....
kepada yg tidak mengenali hamba ini, saya rasa tidak perlulah saya memperkenal kan diri ini...ase2 tidak penting kut...

\