Thursday 15 November 2012

Assalamualaikum...
Muslimah menutup aurat untuk mengelak daripada menjadi perhatian lelaki ajnabi kerana TAQWA. 
Tetapi jika BERGAYA dan BANGGA mendapat perhatian lelaki ajnabi, anda sudah pun pakai pakaian SYUHRAH.

Apa itu PAKAIAN SYUHRAH?

"Sesiapa yang memakai pakaian syuhrah maka ALLAH akan memakaikannya pada HARI QIAMAT yang semisal, kemudian membakarnya dengan API NERAKA." (Sunan Abu Daud-Hasan)

Pakaian SYUHRAH ertinya pakaian yang diniatkan untuk kelihatan hebat oleh orang lain, menarik perhatian orang ramai dan dibangga-bangga oleh si pemakainya. Termasuk syuhrah adalah pakaian yang zuhud yang diniatkan untuk riya' di depan orang ramai.

Sedar atau tidak kita mungkin pernah bersikap riya' dengan pakaian yang kita sarungkan. Sama ada pakaian yang mengikut syarak atau sebaliknya.

Tutuplah AURAT untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Bukan PUJI-PUJIAN dusta manusia.






Biar kita tak tahu fesyen jangan tak tahu bab agama....


renung2 kan,dan selamt menghayati...