Sunday 19 March 2017

sape die??



Assalamualaikum..

Dengan nama allah yang penyayang lagi maha pengasih
sape die?? nak taw sape die???
ok kali nie mtb nak pembaca fikir...if satu fitnah tu terjadi kat somebody tu and then si somebody tu tanye sape yg menabur fitnah???
cube kite check apabila cerita disampaikn,  xpasti benar atau xbenar sampai kat kite lepas tu kite terus sebar kan tanpa selidik dahulu dan tersebarlah cerita tersebut tanpa sahih atau tidak ..
so sekarang sape die yg sebarkan  fitnah tu...walaupun bukan kite yg mule kan...hati2 dengan cerita yg yg xpasti betul atau pun tidak betul...ia nye boleh membawa fitnah...berdosa besar taw...
so sekrang dah taw sape die?? fikir2kan

 p/s:maaf ayat terbelit2 sikit and tak berape nak cantik or bunge2

aku menegur tak bermakna aku sempurna.. 
Kadangkala aku ada juga buat salah dengan Allah dan manusia. 
Yang salah ditegur bukan dihina 

Monday 7 November 2016


Cara membersihkan hati yg kotor.korng tahu tak hati kotor tu mcm mne?
ok mtb nak terang serbe sediki *mohon tegur mtb andai ade tersalah dlm menaip ni
ok hati yg kotor ni sebernaya adalah kehidupan kite telah dicemari oleh dosa yg kite buat..even dosa tu kecil mcm mne pun..ia still dosa yg dicatit oleh malaikat..fuh klu dosa byk jenuh malaikat catit..
dari hati kite yg merah tu yg cantik2 tu *mcm penah tgok real je
tibe2 hati kite kotor dgn bintik2 hitam..hah..mule2 dgn bintik kecil yakni dosa kecil tu jadi bintik hitam..maka untuk melakukan maksiat pun rase selamber je nak buat..rase tak berslah pun..
so mtb nak konsikan cara membersihkan hati yang kotor, mtb harap kalian dapat serba sedikit perkongsian dari mtb :)

Cara membersihkan kotoran hati:

1. Dekatkan diri dengan al-quran
2. Usaha tinggalkan maksiat
3. Berkawan dengan orang yg baik
4. Biah (suasana yang baik)
5. Sibukkan diri dengan kebaikan
6. Jaga Solat

Tuesday 18 March 2014

Dengan nama allah yang maha pengasih, maha penyayang


Hanya meletakkan ALLAH nombor 1 dalam hidup,
 kita bebas daripada segala bentuk penghambaan 
kecuali kepada ALLAH yang maha pencipta

Monday 24 June 2013

Malunya seorang wanita

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG

Assalamualaikum,
Entry hari ni mtb nak kongsikan berkenaan malunya bagaikan wanita..
ok, artikel ni mtb ambik kat page facebook indahnya berpurdah https://www.facebook.com/Indahnyaberpurdah

Pada suatu hari...
Rasulullah Saw berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, fatimah terpijak rerumputan puteri malu, kaki nya berdarah lalu mengadu kesakitan. fatimah mengatakan kepada bapaknya, apalah gunanya rerumputan puteri malu itu berada di situ? (dengan nada sedikit marah)
Rasulullah dengan nada tenang berkata kepada puteri kesayangan nya, bahwasan nya rerumputan puteri malu itu amat berkait rapat dengan wanita.
(fatimah terkejut). Rasulullah menyambung kata kata nya lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran dari pada puteri malu ini dari empat aspek.
.:: Pertama
Rerumputan puteri malu akan kuncup apabila di sentuh. ini boleh diibaratkan bahwa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)

.:: Kedua
rerumputan puteri malu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dari kehormatan sebagai seorang wanita muslimah.

.:: Ketiga
rerumputan puteri malu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. ini bermakna wanita sholeha hendaknya mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul 'Alamin.

.:: Keempat
ia akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. oleh sebab itu, para wanita sekalian , kembalilah ke rumahmu walaupun ia hanya tumbuhsn kecil, betapa islam telah meletakan wanita pada kedudukkan nya yang semanis-manisnya.

Jika semua saranan Rasulullah ini di turuti ia cukup manis, semua yang bertentangan menjadikannya pahit bagai empedu.
Kemanisan wanita akan hilan apabila apa yang di lakukan bertentangan dengan kejadian nya yang asal.
Seorang wanita menjadi kupu-kupu, dia tidak pulang ke rumah, sebaliknya dia ditempat yang tidak senonoh hingga larut malam.

Demikianlah wanita ....
dia warna alam yang cukup berharga untuk di hargai. setiap insan lahir dari manusia bernama wanita, sebab dia unsur terprnting dalam kewujudan alam ini sedemikian rupa.

kalau kita hendak melihat keburukan bukan satu yang akan kita jumpa, kalau kita hendak mencari kebaikan dan keindahan bukan satu dua juga yang akan kita temui..

Tuesday 4 June 2013

TAUTAN HATI

Assalamualaukum..
kat sini mtb nak kongsikan serba sedikit berkenaan novel yang bertajuk TAUTAN HATI,
walaupun novel nie mmg dah lame dipasarkan tapi mtb baru membaca pade bulan ni..
ish2 baru nak bace yerk padahal dah lame novel too..
soal lame atau tak itu x penting yang penting isi kandung cerita novel tersebut sagt best!...
sbb ape yg mtb kate best ialah isi kandungan dan jalan cerita novel tersebut berjaya menyentuh dan menghidupkn hati2 si pembace dgn sinar iman.INSYAAlLAH..
selain itu ia juga menceritakan ttg perjuangan islam yg m'punyai cara-cara tersendiri utk mengislahkan sahabat2 di sekeliling. Informasi islam penuh utk dibaca.
Jika diamati, kegigihan watak utama perlu di contohi dalam perjuangan dakwah, islah dan tarbiah.
Hatta, acuan watak utama juga diterap dari Rasulullah SAW. Selain itu, penulis bijak menarik minat dengan unsur suspen.
sgt menarik jika kita membaca novel ini dan sgt lah rugi sesiapa yg tidak membaca novel TANTAN HATI..mmg mtb dah tertaut dgn novel islamik..
inilah kali pertama mtb mula berjinak dengan novel islamik..setiap penyampaian sgt menarik untuk santapan rohani...






Disini mtb sertakan sinopsis novel TAUTAN HATI:

Novel hasil karya novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006, Fatimah Syarha Mohd ini mengisahkan kehidupan gadis istimewa, Asiah Yusra yang sentiasa meletakkan dakwah Islamiah sebagai nadi kehidupannya. Ramai di antara rakan-rakannya yang tertarik dengan keperibadiannya yang tinggi. Keistimewaan novel ini bukan sahaja terletak pada jalan ceritanya yang menarik, tetapi juga kebolehan penulis untuk menerangkan isu-isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat kita seperti isu bertudung labuh, kaedah pergaulan di antara muhrim yang dituntut Islam, soal psikologi dan sebagainya. Segala penerangan tersebut telah berjaya disampaikan dengan penuh hikmah dan anda yang membacanya pasti tersenyum puas setelah selesai membaca novel ini. 

mtb kongsikan sajak yang dikarang oleh Asiah Yusra untuk teman-temannya :) 

Puas sudah,
Ku cari kebahagian,
Di sisi teman-teman,
Ku dapat hanyalah kelalaian,

Ku cari lagi,
Di hati seorang kekasih,
Ku dapat hanyalah kekecewaan,

Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan...

Oh dimana lagi harus ku cari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku kliru sendiri,

Apa yang ku cari?
Apa yang ku perlukan?
Aku masih tak bisa mengerti,
Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta di isi.

Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwa ku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.

Ku sedar,
Destinasi pencarian ku di sini,
Ku mencari Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari sinar cahaya iman,
Syawqah,
Taman Islam.

-Asiah Yusra