Tuesday 4 June 2013

TAUTAN HATI

Assalamualaukum..
kat sini mtb nak kongsikan serba sedikit berkenaan novel yang bertajuk TAUTAN HATI,
walaupun novel nie mmg dah lame dipasarkan tapi mtb baru membaca pade bulan ni..
ish2 baru nak bace yerk padahal dah lame novel too..
soal lame atau tak itu x penting yang penting isi kandung cerita novel tersebut sagt best!...
sbb ape yg mtb kate best ialah isi kandungan dan jalan cerita novel tersebut berjaya menyentuh dan menghidupkn hati2 si pembace dgn sinar iman.INSYAAlLAH..
selain itu ia juga menceritakan ttg perjuangan islam yg m'punyai cara-cara tersendiri utk mengislahkan sahabat2 di sekeliling. Informasi islam penuh utk dibaca.
Jika diamati, kegigihan watak utama perlu di contohi dalam perjuangan dakwah, islah dan tarbiah.
Hatta, acuan watak utama juga diterap dari Rasulullah SAW. Selain itu, penulis bijak menarik minat dengan unsur suspen.
sgt menarik jika kita membaca novel ini dan sgt lah rugi sesiapa yg tidak membaca novel TANTAN HATI..mmg mtb dah tertaut dgn novel islamik..
inilah kali pertama mtb mula berjinak dengan novel islamik..setiap penyampaian sgt menarik untuk santapan rohani...






Disini mtb sertakan sinopsis novel TAUTAN HATI:

Novel hasil karya novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006, Fatimah Syarha Mohd ini mengisahkan kehidupan gadis istimewa, Asiah Yusra yang sentiasa meletakkan dakwah Islamiah sebagai nadi kehidupannya. Ramai di antara rakan-rakannya yang tertarik dengan keperibadiannya yang tinggi. Keistimewaan novel ini bukan sahaja terletak pada jalan ceritanya yang menarik, tetapi juga kebolehan penulis untuk menerangkan isu-isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat kita seperti isu bertudung labuh, kaedah pergaulan di antara muhrim yang dituntut Islam, soal psikologi dan sebagainya. Segala penerangan tersebut telah berjaya disampaikan dengan penuh hikmah dan anda yang membacanya pasti tersenyum puas setelah selesai membaca novel ini. 

mtb kongsikan sajak yang dikarang oleh Asiah Yusra untuk teman-temannya :) 

Puas sudah,
Ku cari kebahagian,
Di sisi teman-teman,
Ku dapat hanyalah kelalaian,

Ku cari lagi,
Di hati seorang kekasih,
Ku dapat hanyalah kekecewaan,

Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan...

Oh dimana lagi harus ku cari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku kliru sendiri,

Apa yang ku cari?
Apa yang ku perlukan?
Aku masih tak bisa mengerti,
Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta di isi.

Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwa ku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.

Ku sedar,
Destinasi pencarian ku di sini,
Ku mencari Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari sinar cahaya iman,
Syawqah,
Taman Islam.

-Asiah Yusra





No comments:

Post a Comment